Sunday, June 13, 2010

Konflik Kerajaan Fatah Di Pembuangan Undi Pilihanraya Bandar Di Tebing Barat


June 12th, 2010 by admin1 comment »

Sabtu, 12/06/2010 – Kerajaan Salam Fayyadh (yang tidak berundang-undang) telah bertindak menangguhkan Pilihanraya Bandar Penduduk Tebing Barat secara tiba-tiba pada hari Khamis 10/6/2010 yang mana pilihanraya tersebut telah pun dijadualkan pada tarikh 17 Julai yang lepas,perkara itu terjadi adalah disebabkan konflik dalaman yang kronik di dalam pengurusan rangka kerja Pergerakan Fatah dan kerana takutkan kekalahan mereka di dalam pilihanraya ini,yang mana perkara ini akan menjadi suatu tamparan yang hebat kepada Fatah.

Konflik dalaman tersebut telah pun timbul ketikamana proses pilihanraya tersebut hampir berjalan – yang mana pilihanraya tersebut telah pun diboikot oleh dua buah Gerakan Islam iaitu Hamas dan Jihad Islami- kerana terdapat cubaan daripada orang-orang yang berpengaruh di dalam Fatah di dalam membuat senarai pemilih tanpa campurtangan Pergerakan Hamas dan juga telah mengenepikan keputusan Majlis Pusat yang telah memberikan amaran kepada anggota Fatah agar tidak terlibat di dalam pilhanraya dalam keadaan bebas daripada mana-mana campurtangan pihak lain.

Bahkan amaran tersebut tidak dihiraukan langsung oleh para pemimpin Pergerakan Fatah itu sendiri,yang mana Peguam Ghassan Syak’a dan salah seorang daripada pemimpin yang terkemuka di dalam pergerakan mereka telah memberitahu secara rahsia kepada teman-teman yang rapat dengan mereka bahawa dia berniat untuk menjadi Pencalonan Pilihanraya Bandar Nablus walaupun pergerakan tersebut telah pun memilih Amin Maqbul sebagai pencalonan bagi pergerakan tersebut di dalam Pilihanraya Bandar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

Lieberman: Israel Tidak Harus Angkat Kepung Gaza Hingga Hamas Benar Palang Merah Lihat Shalit


June 12th, 2010 by adminNo comments »

Sabtu, 12/06/2010 – Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman mengatakan hari Khamis bahawa Israel tidak harus mengangkat kepungan di Semenanjung Gaza kecuali Hamas bersetuju sebagai tukaran ihsan seperti membolehkan wakil-wakil Palang Merah untuk melawat tawanan Gilad Shalit.

Lieberman mengatakan Amir Oren dan Gabriela Shalev, duta besar Israel untuk Amerika Syarikat dan PBB, bahawa tidak ada alasan untuk menukar syarat ini dengan menganggap bahawa sampai Hamas bersetuju dengan permintaan minimum ini.

Selama perbincangan mereka di New York, Lieberman juga menekankan pentingnya perhubungan Israel dengan orang-orang Yahudi Diaspora kerana hubungan seperti itu penting bagi kewujudan Israel.

Lieberman membuat ulasan tersebut ketika permohonan para penyokong Shalit bergema minggu lalu, di tengah tekanan antarabangsa pada Israel untuk mengakhiri pengepungan selepas serangan berdarah terhadap armada bantuan Gaza.

sumber : haaretz
penterjemah : ameen

Friday, June 11, 2010

Konvoi Bantuan dari Aljazair Berangkat ke Gaza


June 10th, 2010 by admin1 comment »

Khamis, 10/06/2010 – Konvoi bantuan dari parti al Irsyah wal Islah, Aljazair akan berangkat ke Gaza. Pihak parti itu telah mendapat visa perjalanan dari kedutaan Mesir di Algiers. Mesir telah bersetuju memberi visa bagi sukarelawan dari Aljazair. Kelewatan ini disebabkan urusan antara kedutaan Mesir dengan Kementerian Luar negri Aljazair.

Konvoi ini juga akan bekerjasama dengan Persatuan Doktor Mesir dan Bulan Sabit Merah Mesir. Pihak kerajaan Mesir memberi jaminan akan membantu persiapan dari Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Israel tahan dua warga Palestin di Tebing Barat


June 10th, 2010 by adminNo comments »

Khamis, 10/06/2010 – Pasukan Keselamatan Israel hari ini telah menahan dua warga Palestin di Nablus, Tebing Barat. Saksi mengatakan kepada pemberita TV Safa bahawa tentera Israel itu menahan dua orang, selepas mereka disyaki ‘menceroboh’ rumah penduduk.

Tentera Israel juga mengesahkan kad ID mereka di sekatan Howara, selatan Nablus.Tindakan regim terbait yang mahu menyemak kad ID menyebabkan kesesakan lalu lintas, tambah keterangan saksi terbabit. Selain itu, tentera Israel turut mencari kereta warga Palestin di jalan yang menghubungkan Nablus dengan Ramallah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : syed

Hamas mengutuk pengenaan hukuman ke atas Iran


June 11th, 2010 by adminNo comments »

Jumaat, 11/06/2010 – Gerakan Kebangkitan Islamiah “Hamas” telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengenakan sekatan baru kepada Iran,dan menganggap perlakuan tersebut sebagai suatu model “Politik Double Standard” atau Politik Berat Sebelah,kerana telah menghukum Iran atas Program Nuklear Damai Iran tetapi melindungi pendudukan Zionis yang mempunyai gudang senjata nuklear yang terbesar dan telah melakukan kejahatan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin yang dijajah dan kawasan-kawasan arab yang lain.

Memetik sebuah kenyataan bertulis yang telah dikeluarkan oleh Gerakan Hamas dan Pusat Informasi Palestin telah menerima kenyataan tersebut pada hari Rabu 9/6/2010 :

“ Sesungguhnya kami menganggap resolusi tersebut merupakan suatu cara bagi pihak Zionis untuk menguasai negara tersebut,iaitu dengan mengharamkan negara-negara arab islam untuk mendapatkan hak mereka mendapatkan maklumat dan membangunkan Progam Nuklear Damai mereka”

Dan ianya menambah bahawa resolusi tersebut ialah suatu cubaan untuk menutup ke atas jenayah pencerobohan Zionis ke atas penduduk Palestin yang mana telah tersingkap hakikat keganasan mereka itu dengan melakukan pembersihan etnik penduduk Palestin dan jenayah kemanusiaan mereka,dan juga akhir-akhir ini tentang lanun-lanun mereka yang telah menyerang Kapal Pengaman ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

Israel membenarkan sejumlah barang masuk ke Gaza.


June 11th, 2010 by admin1 comment »

Jumaat, 11/06/2010 – Israel akan membenarkan snek dan beberapa barangan lain yang sebelum dihalang untuk dihantar ke Gaza, menurut seorang pegawai Palestin Rabu lalu namun masih mengekalkan sekatan bagi kebanyakan bahan binaan dan barang industri yang amat diperlukan.

Langkah itu diambil ketika bantahan antarabangsa berikutan penutupan sempadan meningkat selepas serangan Israel terhadap kapal bantuan aktivis flotilla, di mana pasukan tentera laut telah menembak mati sembilan aktivis Turki.

“Kerajaan Israel akan membenarkan kemasukan sejumlah barang yang dulu diharamkan awal minggu depan,” kata Raed Fatuh, ketua pejabat perhubungan Gaza yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang disokong Barat.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Kapal Yahudi siap untuk belayar ke Gaza


June 11th, 2010 by adminNo comments »

Jumaat, 11/06/2010 – Di sebuah pelabuhan yang tidak didedahkan namanya di Mediterranean, terdapat sebuah kapal kecil yang menanti untuk misi khusus. Kapal ini akan belayar ke Gaza. Untuk mengelakkan sabotaj, tarikh yang tepat dan nama pelabuhan berlepas akan diumumkan hanya beberapa saat sebelum pelancaran nya.

“Matlamat kami adalah untuk menamatkan pengepungan Gaza. Perahu kami kecil,

jadi sumbangan kami hanya boleh menjadi suatu yang simbolik: kami membawa beg sekolah, diisi dengan sumbangan dari anak-anak sekolah Jerman, alat muzik dan seni bahan. Untuk perkhidmatan perubatan kamimembawa ubat-ubatan penting dan peralatan perubatan kecil, dan untuk nelayan kita menyediakan peralatan seperti jaring. Kami ingin menyumbang untuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kesihatan mental di Gaza.

”Serangan terhadap Freedom Flotilla membuktikan kepada dunia akan kekejaman Isreal. Walaubagaimanapun saya pasti bahawa terdapat banyak lagi warga Israel lain yang berkempen dengan penuh keberanian dan kasih sayang untuk keadilan dan keamanan. Oleh kerana terdapat banyak wartawan penyiaran dari program televisyen arus perdana di atas kapal kami, warga Israel akan memiliki lebih peluang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ada cara lain, cara keberanian bukan ketakutan, cara harapan bukan ‘kebencian, kata Edith Lutz, salah seorang penyelenggara dan penumpang di “Perahu Yahudi” tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : farah hidayah

SONG FOR GAZZA