Wednesday, June 16, 2010

Israel menahan 4 warga Palestin di Hebron

Rabu, 16/06/2010 – Rejim Zionis menahan empat orang warga Palestin hari ini di Bait Omar dan bandar Ezna, Kota Hebron, Tebing Barat. Menurut jurucakap Projek Perpaduan Palestin, Mohammed Awas, Rejim Zionis menahan Alam Baher, Mohammed Abu Maria, dan Moayad Baher yang semuanya berumur 17 tahun.

Rejim Zionis menceroboh rumah mereka pada pagi ini dan menembak gas dan bom suara . Selain itu, mereka juga menahan Mohammed Al-Masri dari Ezna selepas merompak rumahnya dan memindahkannya ke tempat yang tidak diketahui. Rejim Zionis mendirikan pos pemeriksaan tentera di pintu masuk Halhoul di utara Hebron di mana mereka menahan dan memalukan warga Palestin di situ.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : syed

No comments:

Post a Comment

SONG FOR GAZZA